Selamat Datang ke PORTAL KPM

Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 Peringkat KPM

Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 Peringkat KPM

 

05 Mac 2024 | Selasa

 

Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-41 Puspanita Cawangan KPM telah dilangsungkan pada Selasa.

 

Dalam majlis yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek ini telah turut diadakan acara penyampaian bakul makanan dan sumbangan kembali ke sekolah.

 

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Setiausaha KPM, YBhg Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi dan Pengerusi PUSPANITA KPM, YBhg Dato’ Sri Noorhuda Hj Alias.

 

Wanita Dijulang Negara Gemilang, Selamat Hari Wanita.

 

#7TerasKPM

#MalaysiaMADANI

#KaramahInsaniah

Hits : 174