27 OKTOBER 2026 | MAJLIS PERSARAAN JPWKL 2026: MENGHARGAI JASA DAN SUMBANGAN 418 PESARA
Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 418 orang pesara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL) yang diraikan dalam Majlis Persaraan JPWKL 2026, terdiri daripada pesara wajib, pesara pilihan dan pesara atas sebab kesihatan.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan atas jasa, pengorbanan dan sumbangan para pesara sepanjang tempoh perkhidmatan. Beliau turut menegaskan bahawa dedikasi dan komitmen mereka dalam mendidik serta membimbing generasi muda merupakan legasi bermakna yang akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada warga pendidikan.
Turut hadir ialah Pengarah Pendidikan JPWKL, YBhg. Tuan Haji Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, barisan Timbalan Pengarah Pendidikan JPWKL, wakil pesara serta para pesara yang diraikan.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 33