Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Perasmian Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) Di SMK Datuk Undang Abdullah

31 JULAI 2026 | MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH MODEL KHAS KOMPREHENSIF 11 (K11) DI SMK DATUK UNDANG ABDULLAH

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh, telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah, Negeri Sembilan.

SMK Datuk Undang Abdullah secara rasminya ditingkatkan status daripada Sekolah Model Khas Komprehensif 9 (K9) kepada Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11). Inisiatif ini membolehkan murid mengikuti pendidikan secara berterusan bermula dari Tahun Satu sekolah rendah hingga Tingkatan Lima dalam satu ekosistem persekolahan yang kondusif.

Pelaksanaan Program Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) mencerminkan usaha berterusan KPM dalam memperluas akses kepada pendidikan berkualiti, khususnya kepada murid di kawasan luar bandar, selaras dengan aspirasi memastikan tiada murid tercicir daripada arus pendidikan.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Hits : 41