MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SIMPOSIUM KEBANGSAAN PENDIDIKAN MANUSIAWI KALI PERTAMA TAHUN 2026
09 Julai 2026 | Khamis
Majlis Perasmian Penutupan Simposium Kebangsaan Pendidikan Manusiawi Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), YBrs. Tuan Zainal bin Abas hari ini. Bertemakan "Pendidikan Manusiawi: Mendepani Revolusi Pendidikan 5.0 Berteraskan Teknologi dan Nilai Kemanusiaan", simposium ini menghimpunkan pemimpin pendidikan, guru, penyelidik dan pengamal pendidikan dari seluruh negara sebagai platform perkongsian amalan terbaik, hasil penyelidikan serta inovasi dalam memperkasa pendidikan yang inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.
Penganjuran simposium ini mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) dalam merealisasikan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 ke arah sistem pendidikan yang terangkum, dinamik dan relevan.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
Hits : 38