Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Penyerahan Pengurusan Sekolah Menengah Teknik Kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

MAJLIS PENYERAHAN PENGURUSAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KEPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

11 Jun 2026 | Khamis

Majlis penyerahan pengurusan Sekolah Menengah Teknik (SMT) kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP) telah disaksikan oleh YB Menteri Pendidikan bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan (KPM) serta sembilan orang pengetua SMT pada Majlis Perhimpunan Bulanan KPM.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV) atas komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan dalam menerajui pengurusan Sekolah Menengah Teknik selama ini.

Penyerahan pengurusan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kecemerlangan institusi berkenaan di bawah kepimpinan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh.

Selaras dengan penstrukturan tersebut, Sekolah Menengah Teknik kini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Teknikal (SBP-T).

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

Hits : 40