22 JULAI 2026 | MAJLIS PELUNCURAN KEMPEN ANTIBULI PEKARASA: HENTI BULI, MULA PEDULI
Kempen Antibuli PEKARASA: Henti Buli, Mula Peduli merupakan inisiatif kerjasama pelbagai kementerian dan agensi bagi memperkukuh usaha menangani gejala buli serta mewujudkan persekitaran yang selamat, inklusif dan sejahtera, khususnya untuk kanak-kanak dan remaja. Menerusi pendekatan Sedar, Peduli dan Bertindak, kempen ini mengajak seluruh masyarakat berganding bahu memupuk budaya saling menghormati, prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan setiap kanak-kanak dan remaja dapat membesar dalam persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif.
Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, KPM komited memperkukuh pembentukan sahsiah, kesejahteraan murid dan budaya sekolah yang selamat melalui pendekatan Pendidikan Manusiawi. Majlis peluncuran kempen ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari. Turut hadir mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
Hits : 43