18 NOVEMBER 2026 | MAJLIS PELANCARAN MODUL AULAD SEJAHTERA 2026 EDISI PRASEKOLAH KPM NEGERI SEMBILAN
Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, hari ini mengiringi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Modul Aulad Sejahtera 2026 Edisi Prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.
Modul Aulad Sejahtera merupakan cetusan idea dan keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap pembentukan sahsiah, adab dan akhlak generasi muda dalam mendepani cabaran semasa, khususnya pengaruh negatif media sosial. Modul ini dibangunkan melalui kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebelum diperluas ke prasekolah KPM di Negeri Sembilan.
Pelaksanaan modul ini memberi penekanan kepada pembentukan karakter sejak usia awal melalui penerapan nilai murni, pengukuhan adab dan akhlak serta penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan sejahtera.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 110