Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Baharu SMKA Jempol

25 SEPTEMBER 2026 | MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMBINAAN BAHARU SMKA JEMPOL

Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jempol, Negeri Sembilan, hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim.

Projek pembinaan baharu SMKA Jempol bakal menyediakan 25 bilik darjah, blok akademik dan pentadbiran, kantin, surau, dewan serta bilik-bilik khas. Kemudahan asrama berkapasiti 750 murid turut disediakan, masing-masing untuk 375 murid lelaki dan 375 murid perempuan.

Dalam ucapannya, Menteri Pendidikan menzahirkan harapan agar SMKA Jempol berkembang sebagai institusi pendidikan yang membudayakan ilmu, memperkukuh asas agama serta membentuk murid yang berfikiran luas dan mampu menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Tahun Ini, Tahun Kita

“Guru Bitara Nadi Negara”

#sekolahku

Hits : 28