Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kementerian Pendidikan Dan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN DAN AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)

14 Julai 2026 | Selasa

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sebagai langkah strategik untuk memperkukuh literasi kewangan warga pendidik.

Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato' Wan Hashim Wan Rahim, membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif pengurusan kewangan berhemah yang merangkumi perancangan kewangan, pengurusan hutang, simpanan, pelaburan asas dan persediaan persaraan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato' Indera Ikmalrudin Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, YBrs. Encik Azman Hasim; serta pegawai kanan KPM dan AKPK.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Hits : 36