MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN KALI KE-10
18 April 2026 | Sabtu
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Ke-10 Tahun 2025 yang berlangsung dari 6 hingga 18 April 2026 melibatkan tiga zon utama, iaitu Semenanjung, Sabah dan Labuan serta Sarawak.
Seramai 10,808 orang graduan Kolej Vokasional dari seluruh negara telah dianugerahkan diploma mengikut zon masing-masing. Bagi Zon Semenanjung, majlis konvokesyen telah berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari 6 hingga 14 April 2026. Seterusnya, bagi Zon Sabah dan Labuan, majlis tersebut telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 16 April 2026. Sementara itu, bagi Zon Sarawak, majlis konvokesyen telah berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre pada 18 April 2026.
Dalam majlis tersebut, dua Anugerah Pelajar Terbaik telah dianugerahkan kepada Esther Puyang Jalai, graduan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kolej Vokasional Miri dan Aaron Dylan a/l Nelson Cuni, graduan Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dari Kolej Vokasional Matang. Selain itu, Anugerah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah dianugerahkan kepada Wardina Batrisyia binti Nasib, graduan Diploma Seni Kulinari dari Kolej Vokasional Kuching. Semua penerima anugerah menerima sijil, plak serta wang tunai berjumlah RM1,000.00.
KPM berharap penganjuran Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kali Ke-10 ini akan terus memperkukuh pengiktirafan masyarakat terhadap pendidikan TVET sebagai laluan pendidikan yang berprestij serta berpotensi tinggi dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang menyumbang kepada kemajuan negara.
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
#PendidikanNadiNegara
#kurikulumkita
Hits : 33