21 SEPTEMBER 2026 | MAJLIS KOMENSMEN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB) KE-25 
Institut Aminuddin Baki (IAB) meraikan seramai 1,610 graduan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan Tahun 2025 menerusi Majlis Komensmen IAB Ke-25 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre (BACC).
Majlis dua sidang ini disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek bagi Sidang 1 dan Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh bagi Sidang 2.
Dalam amanatnya, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek menegaskan bahawa integriti merupakan asas kepimpinan, manakala ihsan menjadi roh dalam menerajui institusi pendidikan, selaras dengan aspirasi pendidikan manusiawi dalam mendepani cabaran kecerdasan buatan (AI).
Graduan NPQEL turut diseru untuk menterjemahkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 daripada dasar kepada keberhasilan nyata di bilik darjah, demi melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu, berintegriti dan berakhlak.
Majlis turut menyaksikan penganugerahan Anugerah Graduan Cemerlang NPQEL Ambilan Tahun 2025 kepada Encik Izady bin Ibrahim bagi kategori keseluruhan sekolah menengah dan Encik Barmuli bin Parudin bagi kategori keseluruhan sekolah rendah.
Tahniah kepada seluruh graduan NPQEL Ambilan Tahun 2025 atas kejayaan serta komitmen dalam memperkukuh kepimpinan pendidikan negara.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 78