Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Graduasi Kohort Pertama 2025 Dan Majlis Perasmian Program Menuju Gemilang Maxis eKelas Kohort 2026

13 JULAI 2026 | MAJLIS GRADUASI KOHORT PERTAMA 2025 DAN MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MENUJU GEMILANG MAXIS eKELAS KOHORT 2026

Majlis Graduasi Kohort Pertama 2025 dan Majlis Perasmian Program Menuju Gemilang Maxis eKelas Kohort 2026 telah berlangsung pada hari ini di Auditorium Kompleks E, Putrajaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zainal Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), serta turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Johan Idris, Pengerusi Maxis Berhad.

Majlis ini meraikan 40 orang graduan Kohort 2025 serta penyertaan 200 orang murid Tingkatan 4 daripada 20 buah sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak bagi Kohort 2026. Pengisian majlis meliputi penyampaian sijil graduasi, pengiktirafan Menuju Gemilang Stars, penerokaan kerjaya serta penyerahan komputer riba untuk menyokong pembelajaran digital murid.

Program Menuju Gemilang Maxis eKelas merupakan kerjasama strategik antara KPM dan Maxis Berhad dalam memperkasa potensi murid melalui pengukuhan STEM, pembangunan kepimpinan serta persediaan ke arah pendidikan tinggi dan kerjaya.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara, Nadi Negara"

Hits : 77