Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lembaga Peperiksaan

 
home

Ketua Jabatan
> YBrs. Encik Ab Aziz Bin Mamat

 

VISI

Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Melahirkan Insan Berpotensi

MISI

Meningkatkan Kualiti Sistem Pentaksiran Pendidikan Untuk Memperkembangkan Potensi Individu Bagi Kesejahteraan Hidup

OBJEKTIF

  • Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  • Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan sekolah, peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara;
  • Memberikan khidmat nasihat dan rundingan kepada sekolah dan pengurusan mana-mana badan tentang pengujian pendidikan.

FUNGSI

  • Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  • Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan sekolah, peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara;
  • Memberikan khidmat nasihat dan rundingan kepada sekolah dan pengurusan mana-mana badan tentang pengujian pendidikan.
TANGGUNGJAWAB
  • Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.
  • Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran.
  • Menggubal alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.
  • Menyelaras, mengeluar, mencetak dan mengedar alat pengukuran.
  • Mengawal dan mengendali peperiksaan awam dan luar negeri.
  • Memproses kemasukan calon dan data, mengeluarkan keputusan dan sijil dan menganalisis statistik.
  • Menyelidik untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan "standard".
  • Mengurus khidmat bantu, nasihat dan perundingan berkaitan pentaksiran pendidikan.
  • Memberi kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan/mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.

PIAGAM PELANGGAN

LP bertanggungjawab untuk mengendalikan peperiksaan dengan cekap, licin dan selamat. Untuk mencapai hasrat ini, kami berjanji:

  • Menilai prestasi calon dengan adil, sahih melalui alat pengujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai berdasarkan kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
  • Membekalkan kertas soalan dengan cukup dan selamat mengikut jadual peperiksaan;
  • Menyediakan kemudahan peperiksaan yang sempurna dan saksama untuk semua calon;
  • Mengeluarkan keputusan peperiksaan yang sah dalam tempoh empat bulan dan sijil dalam tempoh enam bulan selepas keputusan peperiksaan;
  • Memberi peluang kepada calon membuat rayuan menyemak semula keputusan peperiksaan dan memberi keputusan dalam tempoh tiga bulan;
  • Memberi perkhidmatan yang mesra dan bersedia untuk memberi bantuan yang berkaitan dengan peperiksaan; dan
  • Meningkatkan pengurusan peperiksaan yang selamat, cekap, berkesan, canggih, dinamik berteraskan pembaharuan yang berterusan.

CARTA ORGANISASI

2021 Carta Organisasi LP

** Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

HUBUNGI

Alamat Laman Web Telefon Faks Emel (@1mocc.gov.my)
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Aras 2 , Blok E11, Kompleks E, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62604, Putrajaya, Malaysia.
https://lp.moe.gov.my/ +603-8884 3785 +603-8884 3787 khidmatbantu.lp@moe.gov.my

Hits : 103253