Lawatan Kerja Sempena Pembukaan Hari Pertama Persekolahan Di Negeri Terengganu Oleh YBrs. Encik Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan (KPM)
11 Jan 2026 | Ahad
YBrs. Encik Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini telah mengadakan lawatan sempena pembukaan hari pertama persekolahan di beberapa buah sekolah di Terengganu.
Sesi persekolahan bagi Tahun Akademik 2026 di Terengganu bermula secara rasmi hari ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kementerian Pendidikan Malaysia kekal komited untuk memastikan pengurusan pembukaan sekolah dijalankan dengan baik melalui kesiapsiagaan pentadbiran sekolah, dedikasi guru-guru, serta sokongan berterusan daripada ibu bapa.
KPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran pembukaan hari pertama persekolahan.
‘Tahun Ini, Tahun Kita’
Hits : 75