Lawatan Kerja Sempena Pembukaan Hari Pertama Persekolahan Di Negeri Kelantan Oleh YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan), Kementerian Pendidikan (KPM)
11 Jan 2026 | Ahad
YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan), Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengadakan lawatan kerja sempena pembukaan hari pertama persekolahan di negeri Kelantan. Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ telah melawat empat buah sekolah, iaitu:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru (K11)
2. Sekolah Menengah Kampung Laut
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat, Tumpat
Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan pembukaan sesi persekolahan serta memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan teratur dan lancar.
Lawatan turut disertai oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran JPN Kelantan, Pegawai PPD Tumpat serta guru besar sekolah terlibat.
‘Tahun Ini, Tahun Kita’
Hits : 70