Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lawatan Kerja Sempena Pembukaan Hari Pertama Persekolahan Di Negeri Kedah Oleh YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Kementerian Pendidikan (KPM)

11 Jan 2026 | Ahad

YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Kementerian Pendidikan (KPM), telah mengadakan lawatan sempena hari pertama pembukaan sesi persekolahan di Negeri Kedah. Dua buah sekolah terlibat dalam lawatan tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Haji Mohamad Shariff dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan kurikulum dan pengoperasian sekolah pada hari pertama persekolahan serta mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan dasar pendidikan di peringkat sekolah berkaitan Kurikulum Prasekolah 2026.

YBrs. Dr. seterusnya mengakhiri lawatan kerja rasmi di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk sesi Perkongsian Ilmu Berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026-2035 bersama sama pengurusan tertinggi dan semua PPD Negeri Kedah.

‘Tahun Ini, Tahun Kita’

Hits : 71