Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kemeneterian Pendidikan (KPM) Ke SMK King George V (KGV), Seremban
3 Dec 2025 | Rabu
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Dato’ Haji Aminuddin bin Hassim hari ini mengadakan lawatan kerja ke SMK King George V (KGV), Seremban bagi meninjau perkembangan projek pemuliharaan bangunan warisan di sekolah berkenaan.
SMK KGV merupakan salah satu daripada empat sekolah di bawah KPM yang diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005. Pengiktirafan ini bukan sahaja menonjolkan nilai sejarah dan identiti pendidikan sekolah tersebut, malah memperkukuh legasi kecemerlangan yang telah sekian lama terpahat dalam institusi berprestij ini.
Usaha pemuliharaan yang sedang dilaksanakan mencerminkan komitmen KPM untuk memastikan aset warisan pendidikan dipelihara secara sistematik dan berkualiti. Melalui projek ini, struktur bangunan bersejarah akan dipulihkan agar kekal kukuh, relevan dan dapat diwariskan kepada generasi masa hadapan.
Projek pemuliharaan tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada Oktober 2026.
Lawatan ini turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Dato’ Ahmad Suhaimi bin Endut; Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Wan Hashim bin Wan Rahim; Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, YBrs. Puan Khalidah binti Haji Omar; serta pakar konservator warisan dari Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Hits : 29