YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
HEBAHAN MENGENAI KURSUS SEAMEO REGIONAL LANGUAGE CENTRE (RELC) DENGAN TAJAAN BIASISWA TAHUN 2026 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia selaku focal point SEAMEO di Malaysia telah menerima jemputan daripada SEAMEO Regional Language Centre (SEAMEO RELC) bagi pencalonan peserta kursus berikut:
C103: Postgraduate Diploma in Applied Linguistics
C423: Specialist Certificate in Technology-Enhanced Language Teaching
C325: Specialist Certificate in TESOL with Cambridge Teaching Knowledge (Foundation) for Secondary/High School Teachers
3. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan, SEAMEO RELC akan menyediakan biasiswa yang merangkumi yuran pendaftaran dan yuran pengajian, tiket penerbangan pergi balik, elaun sara hidup serta penginapan bagi kursus secara fizikal atau gabungan. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut: https://bit.ly/applicationSEAMEORELC2026 melalui pautan QR seperti yang dilampirkan.
4. Sehubungan dengan itu, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan yang berminat boleh mendaftar dan menghantar permohonan melalui pautan https://forms.gle/DJRkGxSrJjYLdsxT7 sebelum atau pada 13 Februari 2026 (Jumaat). Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi (UKHAP), Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi talian: 03-88841284/1080 atau melalui e-mel kepada: bpg.ukhap@moe.gov.my.
Hits : 97