ASSALAMUALAIKUM W.B.T., SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MALAYSIA MADANI
YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
HEBAHAN MENGENAI KURSUS SEAMEO REGIONAL LANGUAGE CENTRE (RELC) DENGAN TAJAAN BIASISWA TAHUN 2027 (FASA 1) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan selaku focal point SEAMEO di Malaysia telah menerima jemputan daripada SEAMEO Regional Language Centre (SEAMEO RELC) dan ingin mempelawa semua pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) yang berminat bagi mengikuti program/ kursus yang ditawarkan seperti berikut:
3. Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Dr./ tuan/ puan, semua kursus di bawah tajaan Biasiswa SEAMEO RELC dilaksanakan sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya secara bersemuka di SEAMEO RELC. Sehubungan itu, tajaan biasiswa ini disediakan bagi menampung perbelanjaan utama penerima biasiswa sepanjang mengikuti kursus di Singapura. Skop tajaan Biasiswa SEAMEO RELC merangkumi satu tiket penerbangan pergi dan balik (atau kaedah perjalanan lain yang bersesuaian), penginapan, elaun sara hidup, elaun buku, yuran pendaftaran serta yuran pengajian. Selain itu, tajaan ini turut meliputi perbelanjaan berkaitan Pas Pelajar (Student’s Pass), pemeriksaan kesihatan dan insurans kemalangan.
4. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun di pautan berikut: https://drive.google.com/drive/folders/1INNovPeqYm-jrC166asD7DBH8s3aRBgm?usp=drive_link atau melalui pautan QR seperti yang dilampirkan.
https://bit.ly/InfoKitRELC2027
4. Sehubungan dengan itu, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan yang berminat boleh mendaftar dan menghantar permohonan melalui pautan: https://forms.gle/ZLV18Q8ihMsz6obH8 sebelum atau pada 02 Oktober 2026 (Jumaat).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Komunikasi, Hubungan Antarabangsa dan Pendokumentasi (UKHAP), Bahagian Profesionalisme Guru, Kementerian Pendidikan menerusi talian:03-88841284/1080 atau melalui e-mel kepada: bpg.ukhap@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Hits : 158