KUNJUNGAN HORMAT MENTERI PENDIDIKAN BRUNEI KEPADA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
23 April 2026 | Khamis
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pendidikan Brunei, YB Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, yang berlangsung di St. John’s Institution, Kuala Lumpur, hari ini.
Pertemuan tersebut memfokuskan perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam bidang pendidikan asas antara kedua-dua negara. Malaysia dan Brunei turut menyatakan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama serantau melalui Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO).
Kerjasama pendidikan antara Malaysia dan Brunei yang telah lama terjalin diharapkan akan terus diperkukuh melalui kunjungan ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim; Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad; serta barisan Pengurusan Tertinggi KPM.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"
Hits : 41