7 OKTOBER 2026 | KPM–UCSI PERKUKUH LALUAN GRADUAN TVET KE PENDIDIKAN TINGGI DAN KERJAYA GLOBAL
Kementerian Pendidikan (KPM) terus memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi kerjasama strategik dengan UCSI Education Sdn. Bhd. melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan pelancaran UCSI TVET Centre.
Kerjasama ini membuka laluan lebih luas kepada graduan Kolej Vokasional (KV), khususnya pemegang Diploma Vokasional Malaysia (DVM), untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, meningkatkan kemahiran dan memperluas peluang kerjaya. Minat terhadap TVET turut menunjukkan perkembangan positif dengan lebih 60,000 permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional.
Langkah ini selari dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama pendidikan dan kerjaya serta melahirkan bakat berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan negara dan industri.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 84