Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

KPM Tinjau Projek Pembangunan Serta Kesiapsiagaan Sekolah di Tawau

23 SEPTEMBER 2026 | KPM TINJAU PROJEK PEMBANGUNAN SERTA KESIAPSIAGAAN SEKOLAH DI TAWAU

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), YBhg. Dato’ Wan Hashim bin Wan Rahim telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tawau, Sabah. Turut serta ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Dr. Megat Sany bin Megat Ahmad Supian.

Lawatan tersebut melibatkan Sesi Libat Urus (SLU) bersama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah yang memfokuskan aspek pembangunan, penyelenggaraan, pengurusan serta kesiapsiagaan menerima kemasukan murid Tahun 1 (Kohort Umur 6 Tahun) bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

Dalam rangka lawatan yang sama, YBhg. Dato’ Wan Hashim turut meninjau tiga tapak projek Rancangan Malaysia (RMK) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, iaitu SK Tanjong Batu, SMK Tawau II dan SK Melodi Apas Jaya.

KPM merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau atas kerjasama serta penyelarasan yang baik sepanjang pelaksanaan lawatan kerja tersebut.

Tahun Ini, Tahun Kita

“Guru Bitara Nadi Negara”

#sekolahku

Hits : 67