Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

KPM Terus Perkukuh Pendidikan STEM Melalui Projek Rintis

2 NOVEMBER 2026 | KPM TERUS PERKUKUH PENDIDIKAN STEM MELALUI PROJEK RINTIS

Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, telah menghadiri Program Projek Rintis Pendidikan STEM Negeri Selangor dan Perak yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Hutan Melintang, Perak, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi program inovasi yang memberi peluang kepada murid untuk meneroka bidang tersebut melalui aktiviti yang kreatif, interaktif dan bersifat amali. Beliau turut menyentuh pemberian elaun sebanyak RM200 kepada pelajar serta mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada SK Hutan Melintang bagi menyokong usaha memperkukuh pendidikan di sekolah berkenaan.

Program ini turut menampilkan pameran dan demonstrasi 𝘔𝘢𝘬𝘦𝘳𝘓𝘢𝘣, 𝘊𝘰𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘰𝘳 𝘈𝘭𝘭, 𝘓𝘢𝘣-𝘰𝘯-𝘞𝘩𝘦𝘦𝘭𝘴 serta Careers in STEM bagi memberikan pendedahan kepada murid tentang aplikasi teknologi dan inovasi dalam pembelajaran.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

#sekolahku

Hits : 48