KPM RAIH DUA ANUGERAH PLATINUM DAN DUA ANUGERAH EMAS DALAM PERSIDANGAN NASIONAL REFORMASI KERENAH BIROKRASI 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) berjaya meraih dua Anugerah Platinum dan dua Anugerah Emas menerusi Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026 sebagai pengiktirafan terhadap usaha kementerian dalam memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan.
Dua Anugerah Platinum masing-masing diberikan kepada Bahagian Pendidikan Khas, KPM menerusi projek Mempercepat Masa Saringan dan Diagnosis Murid Mempunyai Ciri Berkeperluan Khas serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor menerusi projek Mengintegrasi Permohonan Semakan dan Kelulusan Peruntukan Sekolah-sekolah Seluruh Negeri Johor dari 60 Hari kepada 7 Hari.
Kedua-dua projek ini mendapat pengiktirafan atas impak dalam mengurangkan beban pematuhan peraturan, meningkatkan produktiviti dan mempercepat proses penyampaian perkhidmatan.
Selain itu, dua lagi projek RKB yang diterajui oleh MPM dan BTP turut menerima Anugerah Emas sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif penambahbaikan yang dilaksanakan. Penyampaian anugerah berlangsung bersempena dengan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 di Selangor International Trade Centre (SITEC), Shah Alam, Selangor pada 28 hingga 29 Oktober 2026.
KPM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua bahagian serta jabatan yang menerima pengiktirafan atas komitmen dan sumbangan dalam menjayakan agenda reformasi birokrasi.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 37