5 NOVEMBER 2026 | KPM-PERODUA PERKASA PEMBANGUNAN BAKAT BADMINTON AKAR UMBI, MANFAATKAN 2,800 MURID MELALUI BTDP 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Perodua terus komited memperkasa pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi menerusi Program Pembangunan Bakat Badminton KPM–Perodua (BTDP) 2026 yang berlangsung di IOI Sports Centre, Putrajaya.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, BTDP telah memberi manfaat kepada 14,000 murid dengan sokongan 140 jurulatih guru di 70 pusat latihan seluruh negara. Edisi 2026 pula melibatkan seramai 2,800 murid berusia antara 9 hingga 12 tahun mengasah bakat, meningkatkan kemahiran dan membina semangat kesukanan melalui persaingan sihat.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad yang turut menegaskan komitmen KPM dalam menyediakan peluang pembangunan bakat secara berterusan, khususnya kepada murid berpotensi daripada keluarga kurang berkemampuan, bermula dari pusat latihan hingga ke peringkat kebangsaan.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 58