Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

KPM Perkukuh Prasarana Pendidikan di Selangor Menerusi Penyerahan 63 Projek Siap

24 NOVEMBER 2026 | KPM PERKUKUH PRASARANA PENDIDIKAN DI SELANGOR MENERUSI PENYERAHAN 63 PROJEK SIAP

Menteri Pendidikan, YB Datuk Seri Fadhlina Sidek menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Siap di bawah Program Cakna MADANI daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia kepada Kementerian Pendidikan (KPM) di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, Selangor.

Sebanyak 63 projek prasarana pendidikan melibatkan 51 buah sekolah di sembilan daerah di Selangor telah siap sepenuhnya bagi memenuhi keperluan pertambahan murid serta persediaan sesi persekolahan 2027. Projek tersebut merangkumi 27 projek bangunan modular dan 𝘐𝘯𝘥𝘶𝘴𝘵𝘳𝘪𝘢𝘭𝘪𝘴𝘦𝘥 𝘉𝘶𝘪𝘭𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘺𝘴𝘵𝘦𝘮 (IBS) di 20 buah sekolah, 32 projek bilik darjah tambahan modular IBS Tahun 1 bagi kohort enam tahun sesi 2027 di 27 buah sekolah serta empat projek pembinaan baharu Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) di bawah inisiatif 𝘲𝘶𝘪𝘤𝘬 𝘸𝘪𝘯.

Penyiapan projek ini memperkukuh penyediaan ruang pembelajaran bagi aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), selain menyediakan kemudahan aktiviti murid. Inisiatif ini turut menyokong pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 dalam mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

 

#sekolahku

Hits : 68