Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

KPM Perkukuh Peranan SIpartners+ dan SISC+ Menerusi Dialog Interaktif Bersama KPPM

11 NOVEMBER 2026 | KPM PERKUKUH PERANAN SIPARTNERS+ DAN SISC+ MENERUSI DIALOG INTERAKTIF BERSAMA KPPM

Hari kedua Sesi Libat Urus SIPartners+ dan SISC+ Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Institut Aminuddin Baki (IAB) diteruskan dengan sesi dialog interaktif bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad.

Sesi ini menjadi platform komunikasi dua hala bagi membolehkan pegawai SIPartners+ dan SISC+ berkongsi pandangan serta membincangkan isu dan cabaran dalam pelaksanaan tugas di lapangan.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pemantapan amalan bimbingan berasaskan data serta cadangan penambahbaikan intervensi bilik darjah sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan 2027.​

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

#sekolahku

Hits : 105