24 NOVEMBER 2026 | KPM PERKUKUH KESIAPSIAGAAN KEMASUKAN MURID ENAM TAHUN KE TAHUN SATU BAGI 2027
Ketua Pengarah Pendidikan, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Azam bin Ahmad telah menyampaikan taklimat berkaitan perkembangan dan perancangan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi tahun 2027, khususnya kesiapsiagaan pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun Satu dalam Sesi Taklimat KPM Bersama Media, hari ini.
Antara persiapan yang dilaksanakan termasuk penyediaan bilik darjah tambahan, pengoptimuman penggunaan bilik darjah dan kapasiti prasekolah sedia ada, penyesuaian kurikulum mengikut tahap perkembangan murid serta pengukuhan latihan guru.
Beliau turut mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Warisan bagi meninjau projek pembinaan bilik darjah menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang telah siap dan bersedia untuk digunakan bagi sesi persekolahan 2027.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"
#sekolahku
Hits : 78