Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Kontinjen MBPK Raih Emas dan Gangsa di Abilympics 2026, Moscow

5 NOVEMBER 2026 | KONTINJEN MBPK RAIH EMAS DAN GANGSA DI ABIL​​YMPICS 2026, MOSCOW

Kontinjen Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) negara mengharumkan nama Malaysia menerusi kejayaan meraih satu pingat emas dan satu pingat gangsa pada 𝘈𝘣𝘪𝘭𝘺𝘮𝘱𝘪𝘤𝘴 𝘗𝘳𝘰𝘧𝘦𝘴𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘴 𝘚𝘬𝘪𝘭𝘭𝘴 𝘊𝘩𝘢𝘮𝘱𝘪𝘰𝘯𝘴𝘩𝘪𝘱 𝘧𝘰𝘳 𝘗𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘪𝘦𝘴 2026 yang berlangsung di Moscow, Rusia.

Kejayaan tersebut diraih oleh Hariz Arsyad Bin Amir Dian dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Indahpura, Kulai, Johor yang memenangi pingat emas dalam bidang kemahiran pastri, manakala Muhammad Ammar Rayyan Bin Mohd Zukhilal dari SMK Seremban 2, Negeri Sembilan meraih pingat gangsa dalam bidang vokal.

Kepulangan kontinjen negara disambut sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian, komitmen dan semangat juang mereka dalam mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Penghargaan turut diberikan kepada barisan pengurusan, jurulatih, guru pembimbing serta ibu bapa atas sokongan dan bimbingan yang menjadi sebahagian daripada kejayaan kontinjen.

Pencapaian ini membuktikan bahawa MBPK berupaya menyerlahkan bakat dan potensi dalam pelbagai bidang kemahiran serta bersaing di peringkat antarabangsa.

Tahun Ini, Tahun Kita

"Guru Bitara Nadi Negara"

Hits : 26