
Profesor Dato’ Dr. Aminah Ayob
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Universiti Pendidikan Sultan Idris
UMUR tiga tahun kanak-kanak sangat kritikal terutama dalam perkembangan personaliti dan minda.
Kerana itu pengalaman pembelajaran yang sesuai di samping pengasuhan yang baik perlu disediakan untuk memastikan kanak-kanak membesar dan berkembang secara holistik dan seimbang. Pengalaman pembelajaran ini akan merangsang pembinaan hubungan neuron yang banyak dalam otak kanak-kanak dan hasilnya - lahirlah individu yang bijaksana dan cemerlang.
Bagi Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob, kanak-kanak yang bijaksana dan cemerlang adalah aset negara.
“Merekalah modal insan negara yang akan menerajui pembangunan negara pada masa depan. Oleh sebab itu, pendidikan awal amat penting bagi melahirkan modal insan yang cerdas minda (IQ tinggi), cerdas emosi (EQ tinggi), cerdas rohani (SQ tinggi), cerdas sosial dan fizikal”.
Kesemua inilah falsafah Program Permata negara, kata beliau, sambil menjelaskan projek berkenaan lahir daripada buah fikiran Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah adalah pencetus idea projek tersebut sejak 2006 yang akhirnya tertubuh Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara atau NCDRC di UPSI pada 21 Jun 2007.
Program Perintis Setiap Anak Permata Negara (ringkasnya Program Permata) bertujuan melahirkan kanak-kanak yang holistik dan seimbang; mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi, dalam kedua- dua bahasa - Bahasa Malaysia dan Inggeris, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.
Program ini menekankan konsep memberi pengasuhan dan pendidikan secara serentak kepada kanak-kanak sejak umur bayi (baru lahir) sehingga umur 5 tahun, melalui pendekatan bermain, bercerita, menyanyi, meneroka, menguji kaji, menyelesaikan masalah dan menghayati seni dan muzik. Penekanan khusus ialah terhadap pembinaan sahsiah dan minda kanak-kanak.
“Sejak bayi, kanak-kanak dirangsang membina hubungan emosi dengan pendidik dan ibu bapa kerana hubungan emosi (emotional attachment) ini amat penting untuk membuatkan kanak-kanak merasai diri mereka disayangi dan selamat.
“Dengan itu akan timbul rasa yakin serta jati diri (self-esteem) yang tinggi,” katanya.
Menurutnya, di Pusat Anak Permata Negara (PAPN), kanak-kanak belajar melalui bermain dalam persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat. Mereka dibelai dan disayangi oleh pendidik, dirangsang minda melalui interaksi dan soal jawab, nyanyian, tarian, bercerita, membaca, membuat uji kaji, meneroka dan berlakon.
Kata beliau, kurikulum Permata tidak menekankan aspek akademik secara terus, tetapi membina kemahiran kanak-kanak dalam penggunaan bahasa, komunikasi dan literasi awal, numerasi dan pra-matematik, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kemahiran sosial dan pemahaman pelbagai budaya, secara tidak langsung dalam aktiviti- aktiviti permainan dan rutin pengasuhan.
Secara khusus, hasil pembelajaran yang ingin dicapai melalui Program Permata ialah:
Ramai pembaca memilih untuk memberikan respon mereka di Facebook Program PERMATA. Namun anda boleh memberikan respon di bawah ini bagi membolehkan respon anda lebih releven dan mudah untuk menjadi rujukan pada masa akan datang.
Hits : 804