13 JULAI 2026 | KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT GOOGLE MALAYSIA
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Google Malaysia di Putrajaya bagi membincangkan pengukuhan kerjasama strategik dalam memperkasa agenda pendigitalan pendidikan negara. Perbincangan tertumpu kepada ππ°π°π¨ππ¦ π§π°π³ ππ₯πΆπ€π’π΅πͺπ°π―, potensi kerjasama dengan ππ°π°π¨ππ¦ πππ°πΆπ₯ serta usaha memperkukuh ekosistem pendidikan digital yang inklusif, selamat dan berimpak tinggi.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan dan melahirkan generasi celik digital, selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Turut hadir pegawai kanan KPM serta wakil Google Malaysia dan Awantec.
Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara, Nadi Negara"
Hits : 76