YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan,
KEKOSONGAN JAWATAN RESEARCH & EVALUATION MANAGER DI SEAMEO STEM-ED, BANGKOK, THAILAND
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa (BPSHA), Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan bagi jawatan Research & Evaluation Manager secara peminjaman di SEAMEO STEM-ED Regional Centre di Bangkok, Thailand.
3. Calon-calon yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan borang permohonan dan dokumen berkaitan bersama-sama surat iringan Ketua Jabatan melalui pautan https://forms.gle/scJcFntKnjy63zYi7 sebelum atau pada 9 Oktober 2026 (Jumaat).
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Dato'/Dr./tuan/puan boleh menghubungi Pn. Zairila binti Zainal melalui talian 03-88847245 atau e-mel ke seameo@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.
Research & Evaluation Manager_Vacancy Post
Hits : 66