Syabas dan Tahniah!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2), Shah Alam, Selangor atas kejayaan merangkul Anugerah Emas (Intensive Award) dalam The 27th International High School Arts Festival Awards Ceremony yang ditaja sepenuhnya oleh The International Foundation for Arts and Culture (IFAC), Japan.
Festival seni visual bertaraf antarabangsa yang berlangsung pada 3 hingga 7 Ogos 2026 ini menghimpunkan penyertaan bakat muda dari 14 buah negara.
Malaysia diwakili oleh Sharvin Naidu a/l Venkataswara Rao, pelajar Tingkatan 5 SMK Seksyen 24(2), di bawah bimbingan Encik Mohamad Khamidon bin Sadi, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut. Hasil dedikasi dan kecemerlangan mereka telah membolehkan Malaysia meraih Anugerah Emas (Intensive Award).
Selain menerima tajaan daripada IFAC, Japan, Sharvin turut menerima sumbangan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan STAEDTLER berupa wang tunai serta kelengkapan seni sebagai galakan untuk terus mengembangkan bakat dalam bidang seni visual.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Syabas dan tahniah!
Hits : 90