Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

https://forms.gle/U3rhXYuz4GU2YAxg8
2. Dimaklumkan bahawa pihak Unit Komunikasi Korporat sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan terhadap urusan di Kementerian Pendidikan bermula pada 1 September 2026 hingga 1 Oktober 2026.
3. Kaji selidik ini bertujuan menilai prestasi perkhidmatan yang ditawarkan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di Kementerian Pendidikan. Segala maklumat yang diberikan adalah SULIT dan akan digunakan untuk tujuan kajian serta penambahbaikan perkhidmatan sahaja.
4. Maklum balas dan cadangan yang diberikan amatlah dihargai serta akan digunakan sebagai panduan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan pada masa hadapan. Segala kerjasama daripada pihak YBhg Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan kajian kepuasan pelanggan ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Hits : 52