Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) dengan kerjasama rakan strategik Sasbadi Holdings Berhad dan Majlis Amanah Rakyat telah menyertai World Robot Olympiad International Final 2025 Singapore yang telah berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura pada 26 hingga 28 November 2025.
Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan Malaysia telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi World Robot Olympiad International Final 2025 Singapore tersebut setelah memenangi
🥇 4 Pingat Emas
🥈 4 Pingat Perak
🏆 2 Anugerah Cemerlang
Kejayaan muncul Juara Keseluruhan World Robot Olympiad International Final 2025 Singapore membuktikan keupayaan luar biasa pelajar Malaysia dalam bidang inovasi, teknologi dan robotik.
Hits : 95