Selamat Datang ke PORTAL KPM

Jemputan Menyertai Projek Penyelidikan Asia-Pacific Telecommunity “Proposals On Promoting The Use Of ICT For Achievement Of Sustainable Development Goals”

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PROJEK PENYELIDIKAN ASIA-PACIFIC TELECOMMUNITY TAHUN 2021 TAJAAN NEGARA CHINA (EBC-C 2021): PROPOSALS ON PROMOTING THE USE OF ICT FOR ACHIEVEMENT OF SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah menerima sesalinan surat daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengenai jemputan menyertai Projek Penyelidikan Asia-Pacific Telecommunity (APT): Proposals on Promoting the Use of ICT for Achievement of Sustainable Development Goals melalui pembiayaan oleh Negara China. Surat jemputan seperti di Lampiran A. Objektif utama projek ini adalah bagi menggalakkan penggunaan aplikasi ICT di kalangan negara ahli Asia-Pacific Telecommunity (APT) dalam mendepani isu-isu sosioekonomi seperti kemiskinan, jurang digital, kesihatan, pendidikan, tenaga hijau, pembangunan infrastruktur, perbandaran serta komuniti yang mampan. Program ini menawarkan pembiayaan sehingga USD100,000 bagi setiap projek yang terpilihMaklumat lanjut mengenai projek ini dan tatacara permohonan projek adalah seperti di Lampiran B dan Lampiran C.

3.  Sehubungan itu, sukacita bagi calon yang berminat adalah dimohon untuk mengisi borang permohonan seperti di Attachment 2 dan Attachment 3 untuk dikemukakan kepada KKMM sebelum atau pada 31 Mei 2022 (Selasa). Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek  ini boleh dikemukakan terus kepada pihak sekretariat, EBC-C 2021 melalui alamat emel myigt@kkmm.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

 Muat Turun Lampiran 

Hits : 2232