Selamat Datang ke PORTAL KPM

Jawatan Kosong Di Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO), Rabat, Maghribi

YBhg. Tan Sri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

HEBAHAN MENGENAI JAWATAN KOSONG DI ISLAMIC WORLD EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANIZATION (ICESCO), RABAT, MAGHRIBI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) telah membuat hebahan mengenai tiga (3) jawatan kosong di ibu pejabat ICESCO, Rabat, Maghribi  bagi jawatan seperti berikut:

  1. Head of the Section of Human Development and Social Empowerment/ICESCO Human and Social Sciences Sector;
  2. Expert at the Department of Information and Institutional Communication; dan
  3. Media Specialist at the Department of Information and Institutional Communication

 Kontrak jawatan yang ditawarkan adalah tetap dan boleh diperbaharui. Permohonan bagi setiap jawatan ini tertakluk kepada kriteria, ujian atau penilaian dan temuduga yang akan ditetapkan oleh pihak ICESCO. Maklumat terperinci berkenaan objektif, fungsi, kelayakan dan kemahiran yang diperlukan adalah seperti di  Lampiran I, II dan III (Vacancy Announcement). Gaji, elaun dan keistimewaan bagi ketiga-tiga jawatan tersebut di atas akan ditentukan berdasarkan kepada ICESCO’s Personnel Regulations. 

3.       Sehubungan itu, calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan terus ke ICESCO melalui alamat emel (icescoemployment@icesco.orgsebelum atau pada 2 Julai 2022 (Sabtu). Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai jawatan - jawatan ini, boleh berhubung dengan pihak ICESCO melalui alamat emel scecgcs@icesco.org atau icescoemployment@icesco.org.

Sekian, terima kasih.  

Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia 

Hits : 2934