
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Pelaksana dasar yang telah ditetapkan oleh KPM di Negeri Kedah. JPN Kedah juga berfungsi untuk mengkoordinasi operasi pendidikan di peringkat negeri.
1. Memastikan semua kanak-kanak warganegara Malaysia dengan dokumen yang sah dan lengkap mendapat tempat belajar mengikut kohort umur di sekolah-sekolah bawah kawalan KPM dalam tempoh (14) hari.
2. Menempatkan semua guru yang diluluskan permohonan pertukaran dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.
3. Memastikan permohonan pendaftaran institusi pendidikan swasta dengan dokumen yang lengkap diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
4. Memastikan semua pelanggan yang memohon mendapatkan khidmat sokongan Pegawai Pusat PerkhidmatanPendidikan Khas (3PK) Kedah bagi Terapi Cara Kerja dan Psikologi mendapat tarikh temu janji dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.
5. Memastikan proses pertukaran murid SMKA dan SABK ke SMKA diselesaikan dalam tempoh (14) hari bekerja.
6. Memastikan agihan waran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
7. Memastikan semua bayaran bil dan tuntutan yang lengkap dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan.
8. Memastikan semua dokumen lengkap permohonan persaraan pilihan sendiri dikemukakan kepada pihak KWAP tidak kurang 90 hari dari tarikh permohonan persaraan.
9. Memastikan proses permohonan pelaksanaan programpembangunan murid di peringkat negeri dapat diluluskan dalam temph 14 hari bekerja dari tairikh permohonan diterima mengikut garis panduanyang ditetapkan.
10. Memastikan permohonan penempatan dan pertukaran Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) tidak lewat dari tiga puluh (30) hari setelah menerima keputusan mesyuarat eTukar.
11. Memastikan semua klien yang memerlukan sesi kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).
12. Mengurus dan menyelesaikan aduan terhadap agensi dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja untuk kes aduan biasa/mudah. Bagi kes aduan kompleks, tempoh penyelesaian bergantung kepada tahap kompleksiti aduan.
13. Memastikan ID DELIMa baharu diedarkan kepada guru dan murid dalam tempoh 30 hari selepas ID baharu dijana oleh KPM.
Kemaskini pada: 05 Mei 2025
**Klik gambar untuk lihat lebih jelas
| Alamat | Laman Web | Telefon | Faks | Emel |
|
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah |
https://jpnkedah.moe.gov.my |
04-740 4000 |
04-7404342 | jpn.kedah@moe.gov.my |
Hits : 228164