VISI
Institut Pendidikan Guru Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
MISI
- Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
OBJEKTIF
- Menyedia, melaksana dan menilai semula kurikulum perguruan pra dan dalam perkhidmatan;
- Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program transformasi IPG;
- Mengurus dan melaksana penyelidikan dan inovasi pendidikan guru;
- Merancang dan mengurus pengambilan dan penempatan pelajar;
- Mengurus kebajikan, disiplin dan pembangunan pelajar guru;
- Merancang, mengurus dan melaksanakan Mesyuarat Senat, Penganugerahan dan Majlis Konvokesyen;
- Mengurus dan mengawal selia pembangunan infrastruktur dan infostruktur IPG Kampus;
- Merancang, mengurus, menyelia, melaksana dan menyelaras Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Akaun & Aset;
- Merancang, mengurus, melaksana dan mengawal selia pembangunan profesional sumber manusia;
- Merancang, mengurus dan menyelaras pemerolehan dan pemantuhan standard dari agensi Jaminan Kualiti.
FUNGSI
- Menurut Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2008, IPGM dan IPG bertanggungjawab menguruskan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan meliputi aspek:
- Menyediakan dasar latihan pendidikan keguruan dan perancangan tahunan IPG;
- Merancang dan melaksana aktiviti penyelidikan dan inovasi;
- Merancang, membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan kurikulum;
- Merancang, mengurus dan melaksana pemantauan keseluruhan program pendidikan keguruan secara berterusan;
- Mengurus penempatan pelajar ke IPG;
- Mengurus pendaftaran, kebajikan, disiplin, dan program mentor mentee
- Merancang, mengurus dan mengawal selia agihan peruntukan serta memantau peruntukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan;
- Merancang dan mengurus pembangunan, penyenggaraan infrastruktur dan infostruktur IPG;
- Merancang, mengurus, melaksana, dan memantau penggubalan item pentaksiran;
- Merancang, mengurus, melaksana, dan memantau pentadbiran peperiksaan;
- Mengurus penganugerahan sijil, diploma dan ijazah bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian;
- Merancang, melaksana dan memantau latihan pembangunan staf;
- Merancang dan melaksana program peningkatan akademik dan profesionalisme guru;
- Merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan program kualiti dan keutuhan;
- Merancang dan menyokong pelaksanaan program teknologi maklumat dan komunikasi;
- Merancang, menyelaras dan memberi khidmat bantu reka bentuk grafik dan multimedia
- Mengurus perkhidmatan kaunseling pelajar.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:
- Memastikan semua program ijazah mendapat akreditasi daripada MQA serta badan-badan profesional.
- Memastikan kurikulum pra-perkhidmatan disediakan dengan lengkap satu (1) bulan sebelum pelaksanaan program.
- Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.
- Memastikan guru baharu lulusan IPG memenuhi 92% kriteria kepuasan pelanggan.
- Menawarkan latihan kepada guru dalam perkhidmatan mengikut keperluan organisasi.
- Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.
- Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat.
CARTA ORGANISASI

HUBUNGI
| Alamat |
Laman Web |
Telefon |
Faks |
Emel (@moe.gov.my) |
|
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA
|
http://ipgm.moe.edu.my/ |
03-8312 6666 |
03-8312 6631 |
|
Hits : 168976