Selamat Datang ke PORTAL KPM

Info Session 1 On 13th Regional Congress Search For Seameo Young Scientists (SSYS) 2024 Bertema: ‘Youth For One Health Through Stem Innovations’

YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, 
 
HEBAHAN BERKENAAN INFO SESSION 1 ON 13TH REGIONAL CONGRESS SEARCH FOR SEAMEO YOUNG SCIENTISTS (SSYS) 2024 BERTEMA: ‘YOUTH FOR ONE HEALTH THROUGH STEM INNOVATIONS’
 
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM akan mengendalikan Info Session 1 on 13th Regional Congress Search for SEAMEO Young Scientists (SSYS) secara maya. Objektif utama lnfo Session 1 ini adalah untuk menginspirasi dan memperkasakan belia untuk meneroka gabungan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) dalam menangani dan mempromosikan inisiatif One Health selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.
 
3.         Maklumat berkenaan   pdf lnfo Session 1 (565 KB)  adalah seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh
13 Disember 2023 (Rabu)
Masa
3.00 – 4.30 petang (GMT +8)
Mod
Secara Dalam Talian (via Webex)
Sasaran Peserta
Pelajar Sekolah Menengah/ Para Guru/ Para Pendidik
Pautan Pendaftaran
https://forms.gle/WCPPgs3FoAtCaDTv8  atau imbas Kod QR seperti di bawah:
Seameo Young Scientists SSYS 2024
4.         Sehubungan dengan itu, pihak SEAMEO RECSAM ingin menjemput para pelajar/ guru/ pendidik sains dan matematik sekolah menengah yang berminat untuk menyertai Info Session 1. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, pihak yang berminat boleh menghubungi Puan Shalaneeswary Muniandy di talian +604-6522749, e-mel shala@recsam.edu.my atau Puan Noraini Daud ditalian +644-6522741, e-mel noraini_daud@recsam.edu.my.
Sekian, terima kasih. 
 
Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Malaysia

Hits : 1446