Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Sekolah Sukan Malaysia

PENGENALAN

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

OBJEKTIF SSM

  • Meningkatkan tahap pengetahuan, pengalaman dan kemahiran atlet murid dalam bidang sukan tanpa mengabaikan pencapaian akademik.
  • Menjadi pusat kecemerlangan sukan yang berjalan secara sistematik dan berterusan ke arah pencapaian atlet bertaraf dunia.
  • Menjadi pusat penyebaran pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
  • Memupuk dan menggalakkan perkembangan nilai-nilai kepimpinan dan semangat kesukanan di samping memberi pengalaman dalam kemahiran pentadbiran aktiviti sukan.

SYARAT KEMASUKAN ATLET MURID BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia adalah secara pencalonan daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN). Pencalonan boleh dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu pada setiap permulaan sesi akademik dan Ambilan Julai (jika perlu). Pencalonan atlet murid yang berkelayakan dan berpotensi sukan dilaksanakan dalam talian melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia (SPASSM) di pautan https://spassm.moe.gov.my/. Kemasukan Ambilan Julai hanya dilaksanakan untuk :


a Menggantikan atlet murid yang berpindah atas sebab berikut :
i Permohonan ibu bapa.
ii Digugurkan hasil mesyuarat dialog prestasi di mana atlet murid telah diberi ruang, dipantau dan dibimbing oleh jurulatih (laporan prestasi disertakan).


b Bakat baru yang dikenalpasti.
Pemilihan dan penempatan atlet murid diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia. Keputusan dan penempatan ke SSM akan diumumkan selewat-lewatnya 14 hari dari tarikh penempatan atlet murid. Semakan Keputusan dan penempatan atlet murid boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://spassm.moe.gov.my/ atau secara bersemuka di SSM yang berhampiran. Surat Tawaran Penempatan juga boleh diambil melalui pautan tersebut. Tawaran penempatan ke SSM tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia.

Syarat Umum :

  • Warganegara Malaysia
  • Telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification /Talent Search/ Talent Scouting).
  • Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan mental serta bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.e
  • Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).

Syarat Khusus

a. Pengambilan bagi atlet murid Tahun 5 dan Tahun 6

  • Keutamaan penempatan adalah untuk atlet sukan Gimnastik, Memanah, Renang dan Terjun.
  • Penempatan atlet bagi jenis sukan selain di atas adalah mengikut keperluan dan kelulusan Bahagian Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian (BSKK).
  • Menguasai sekurang-kurangnya TP3 bagi semua mata Pelajaran dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

b. Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 1

  • Atlet murid telah mengikuti program Mengenal Pasti Bakat (TID) Kementerian Pendidikan.
  • Menguasai sekurang-kurangnya TP3 bagi semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

c. Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 (Ambilan Julai)

  • Atlet murid dicalonankan oleh Sekolah Sukan Malaysia (SSM) mengikut keperluan jenis sukan dan kekosongan tempat melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Atlet Murid ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) di pautan https://spassm.moe.gov.my/.
  • Menguasai sekurang-kurangnya TP3 bagi semua mata pelajaran dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
 
Logo Sekolah  Logo  Sekolah
SSBJ

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-90587335
Faks: 03-90587153

Emel: wea0230@moe.edu.my

SSMP

Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)
Jalan Bandar Gambang 10
Bandar Gambang
26300 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5497000
Faks: 09-5497001

Emel: cea4099@moe.edu.my

SSTMI

Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
Bandar Penawar
81930 Bandar Penawar
Johor
Tel: 078223027
Faks: 078223028

Emel: jea3051sstmi@gmail.com

SSMS

Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)
Peti Surat 18472
88875 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-402140
Faks: 088-402142

Emel: xea4047@moe.edu.my

SSMT

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)
Lot 50393
Jalan Lapangan Terbang
21300 Mukim Kuala Nerus
Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6667013
Faks: 09-6667014

Emel: tea7011@moe.edu.my

   

JENIS SUKAN DI SSM

Bil. Jenis Sukan SSBJ SSTMI SSMP SSMS SSMT
1 Angkat Berat    
2 Badminton        
3 Bola Jaring    
4 Bola Keranjang      
5 Bola Sepak  
6 Bola Tampar      
7 Boling Tenpin      
8 Boling Padang      
9 Gimnastik Artistik    
10 Gimrama        
11 Hoki    
12 Judo      
13 Karate        
14 Kriket        
15 Lawan Pedang      
16 Lumba Basikal      
17 Memanah    
18 Menembak        
19 Olahraga
20 Ping Pong        
21 Ragbi        
22 Renang      
23 Taekwando        
24 Terjun      
25 Sepak Takraw    
26 Silat Olahraga        
27 Skuasy        
28 Wushu        
JUMLAH 21 14 7 8 8

SYARAT DAN PROSEDUR PENGAMBILAN ATLET MURID KE PROGRAM PRAUNIVERSITI DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM)

Calon lepasan SPM boleh memohon ke SSM pada bulan Mac hingga April dan dilaksanakan hanya 1 (satu) kali setahun iaitu untuk Ambilan Julai melalui Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia https://prau.moe.gov.my

Syarat Umum :

  • Warganegara Malaysia
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sejarah;
  • Mewakili negara/berpotensi mewakili negara;
  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan;
  • Hendaklah mendapat perakuan dan diikhtiraf oleh Majlis Sukan Negara/Negeri dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK);
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit;
  • Tawaran hanya sah sekiranya pelajar bersetuju menerima SSM yang ditawarkan.

Syarat Khas :

Aliran Sains

Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran berikut;

  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Matematik Tambahan
  • Teknologi Maklumat
  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Bahasa Inggeris
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains Sukan

Aliran Pengurusan

Sekurang-kurangnya mendapat lulus dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Bahasa Inggeris serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran berikut;

  • Perdagangan
  • Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains Tambahan
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Sukan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral

Aliran Kemanusiaan

Sekurang-kurangnya mendapat lulus dalam mata pelajaran  Bahasa Inggeris serta lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran berikut;

  • Perdagangan
  •  Ekonomi Asas
  • Prinsip Akaun
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Rekacipta
  • Teknologi Kejuruteraan
  • Sains
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Sukan
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Geografi

Hits : 530155