
Sukacita dimaklumkan bahawa The Malaysian - American Commission on Educational Exchange (MACEE) mempelawa pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti program Foreign Language Teaching Assistant (FLTA) sesi 2027/2028 anjuran Fulbright.
Program FLTA berdurasi sembilan (9) bulan dan diurus sepenuhnya oleh pembekal latihan luar negara serta melibatkan cuti belajar jangka sederhana. Justeru Ketua Jabatan disaran agar memberi perhatian khusus akan syarat, peraturan dan proses yang terlibat semasa mempertimbangkan untuk menyokong permohonan pegawai.
Pegawai perkhidmatan pendidikan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.macee.org.my/awards-to-the-us/fulbright-foreign-language-teaching-assistant-program/ . Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2026 (Jumaat). Pemohon boleh menghubungi talian 03-8884-1284/ 1080 untuk sebarang pertanyaan lanjut atau e-mel kepada bpg.ukhap@moe.gov.my.
Bahagian Profesionalisme Guru
Kementerian Pendidikan
2026
Hits : 1891