Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) berperanan dalam menyediakan perkhidmatan seperti:
- Merancang dan melaksana program saringan, penilaian dan pengesanan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
- Merancang dan melaksana intervensi (intervensi awal dan habilitasi/rehabilitasi pendidikan khas) untuk meningkatkan potensi dan kemahiran MBPK bagi mengikuti persekolahan.
- Memberi konsultasi dan perkongsian ilmu dalam aspek perkhidmatan sokongan pendidikan khas.
- Melaksana program kesediaan ke sekolah dan kebolehan berdikari MBPK.
- Memberi perkhidmatan sokongan pendidikan khas di sekolah mengikut bidang khusus.
- Menyelaras dan melaksana kerjasama pintar khidmat kepakaran dengan pelbagai agensi
Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) KPM Bil. 2 tahun 2025 - Garis Panduan Pengoperasian Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK), 2025 bertarikh 5 Mac 2025
Hits : 35242