Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) merupakan pusat perkhidmatan sokongan pendidikan khas yang berfokus kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat umur persekolahan di samping turut memberi khidmat kepada guru, ibu bapa dan komuniti setempat. 3PK ditubuhkan bertujuan untuk membantu kanak-kanak seawal empat tahun dan MBPK termasuk ahli keluarga serta masyarakat setempat yang memerlukan perkhidmatan sokongan merangkumi saringan, penilaian dan intervensi berkaitan pendidikan khas. 3PK turut melaksanakan perkhidmatan sokongan di sekolah bagi membantu MBPK dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Semua perkhidmatan di 3PK ini dilaksanakan melalui pasukan pelbagai disiplin (MDT) yang terdiri daripada pegawai dalam bidang khusus. Pegawai bidang khusus 3PK merujuk kepada pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) yang berkhidmat di 3PK dan mempunyai kelayakan dalam bidang khusus seperti audiologi, terapi pertuturan-bahasa, terapi cara kerja, psikologi klinikal, psikologi pendidikan, fisioterapi dan bidang intervensi.
Bermula tahun 2026, terdapat sekurang-kurangnya sebuah 3PK di setiap negeri di seluruh negara. Pengoperasian kesemua 3PK berada di bawah seliaan jabatan pendidikan negeri.
Berikut disertakan maklumat perhubungan untuk setiap 3PK:
|
BIL |
3PK |
ALAMAT |
|
1 |
3PK Perlis
|
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Perlis Jalan Padang Behor 01000 Kangar, Perlis Tel: 04-976 7263 E-mel: 3pkperlis@gmail.com |
|
2 |
3PK Kedah |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sungai Petani Mukim Bujang 08400 Merbok, Kedah Tel: 04-457 1104 / 04-740 4327 E-mel: 3pkkedah@gmail.com |
|
3 |
3PK Pulau Pinang |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma Jalan Bukit Minyak 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang Tel: 04-508 2026 / 04-652 1000 E-mel: 3pkpenang@gmail.com |
|
4 |
3PK Perak |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh Jalan Tunku Abdul Rahman, Anjung Tawas 31200 Chemor, Perak Tel: 05-291 0310 E-mel: 3pkperak@gmail.com
d/a Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Sektor Pendidikan Khas) Jalan Tun Abdul Razak 30640 Ipoh, Perak Tel: 05-501 5238 sambungan (5013 / 5014 / 5035 / 5188) |
|
5 |
3PK Selangor |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18 40200 Shah Alam, Selangor Tel: 03-5541 9739 E-mel: 3pkselangor@gmail.com |
|
6 |
3PK Negeri Sembilan *** |
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Enstek, Lot Pt 33903, Bandar Baru Enstek 71760, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan |
|
7 |
3PK Melaka |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Melaka KM4, Jalan Semabok 75050 Melaka Tel: 06-284 0205 / 06-232 3640 / 06-232 4513 E-mel: 3pkmelaka@gmail.com |
|
8 |
3PK Johor |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru JKR 5739, Jln Pahlawan 17, Taman Ungku Tun Aminah 81300 Skudai, Johor Tel: 07-556 6281 / 07-556 6286 E-mel: 3pkjohor@gmail.com |
|
9 |
3PK Pahang |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan Indera Mahkota 2 25200 Kuantan, Pahang Tel: 09-572 9145 / 09-573 9495 E-mel: 3pkpahang@gmail.com |
|
10 |
3PK Terengganu |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu 21080 Chendering Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-621 3145 E-mel: 3pkterengganu@gmail.com |
|
11 |
3PK Kelantan |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kelantan Lati 17000 Pasir Mas, Kelantan Tel: 09-791 2326 E-mel: 3pkkelantan@gmail.com |
|
12 |
3PK Sarawak |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching Jalan Matang 93050 Kuching, Sarawak Tel: 08-253 6794 / 08-224 4526 E-mel: 3pksarawak@gmail.com |
|
13 |
3PK Sabah |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pekan Tuaran Peti Surat 50553, Jalan Ketiau Tombovo 88200 Putatan, Sabah Tel: 08-876 7202 E-mel: 3pksabah@gmail.com |
|
14 |
3PK Kuala Lumpur *** |
d/a Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kg. Baharu Jalan Raja Abdullah, Kg. Baharu 50300 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
|
15 |
3PK Putrajaya |
Aras 1, Blok E2, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya Tel: 03-8884 9246 E-mel: 3pkputrajaya@moe.gov.my Web: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/3pkputrajaya/ |
|
16 |
3PK Labuan *** |
d/a Sekolah Kebangsaan Layang Layangan Kampung Layang-Layangan 87032 Wilayah Persekutuan Labuan |
*** beroperasi sepenuhnya mulai tahun 2026
Hits : 37405