Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pencalonan Jawatan Pakar Latihan Dan Penyelidikan Di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./Tuan/Puan,

 

HEBAHAN MENGENAI PENCALONAN JAWATAN PAKAR LATIHAN DAN PENYELIDIKAN SAINS DAN PAKAR LATIHAN DAN PENYELIDIKAN MATEMATIK DI SEAMEO RECSAM, PULAU PINANG

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.         Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM, Pusat Serantau Asia Tenggara Sains dan Matematik di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sedang mengenal pasti calon-calon yang sesuai dan berkelayakan untuk ditempatkan secara peminjaman bagi mengisi jawatan Pakar Latihan dan Penyelidikan Sains serta Pakar Latihan dan Penyelidikan Matematik di SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang. Calon hendaklah mempunyai pengalaman yang kukuh dalam bidang pendidikan Sains dan Matematik serta komitmen tinggi dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti SEAMEO.

 

3.         Calon-calon yang berminat dan berkelayakan boleh mengemukakan permohonan kepada SEAMEO RECSAM bersama-sama dokumen berkaitan sebelum atau pada 30 April 2025 kepada:

 

SEAMEO RECSAM

Jalan Sultan Azlan Shah

11700 Gelugor

Pulau Pinang

(u.p: Mohamad Hilal bin Zulkifli)

Emel: director@recsam.edu.my

 

4.         Bersama-sama ini disertakan deskripsi jawatan, borang permohonan, dan dokumen lain yang berkaitan. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, calon boleh menghubungi En. Mohamad Hilal bin Zulkifli, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, di talian 04-652 2708 atau melalui emel di hilal@recsam.edu.my.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Muat Turun Lampiran

Hits : 1763