Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Pasukan Robotik Murid Orang Asli Bawa Pulang 5 Pingat Dari 27th International Robot Olympiad 2025, Gold Coast, Australia.

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan jabatan pendidikan negeri dengan kerjasama Petrosains telah menganjurkan Program Petrosains Tech4All 2025 bagi kategori “Innovation: Indigenous Culture & Technology” yang melibatkan penyertaan sekolah-sekolah Orang Asli dan Peribumi dari sembilan buah negeri.

Penganjuran program ini telah berjaya mencetuskan minat serta meningkatkan penyertaan murid Orang Asli dan Peribumi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program turut mendapat sokongan kepakaran daripada Prof. Madya Dr. Yasir Mohd Mustafah dari Makers@IIUM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang telah memberikan bimbingan serta khidmat nasihat sepanjang pelaksanaan program.

Selain itu, DIALOG Group Berhad melalui Yayasan MyKasih turut menyumbang dalam menjayakan penyertaan ke International Robot Olympiad (IRO) 2025.

Sebanyak lima (5) pasukan terbaik telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke 27th International Robot Olympiad 2025 yang berlangsung pada 16 hingga 22 Disember 2025 di Gold Coast, Australia. Penyertaan ini melibatkan lima pasukan dari tiga buah negeri, iaitu Johor (tiga pasukan), Perak (satu pasukan) dan Pahang (satu pasukan).

Pada kejohanan ini, pasukan murid Orang Asli telah berjaya merangkul lima (5) pingat, iaitu:

• Satu (1) pingat emas – Creative Category Idea Junior

• Satu (1) pingat gangsa – Creative Category Technic Junior

• Tiga (3) pingat teknikal robot – Creative Category Idea Junior, Creative Movie Junior dan Creative Category Technic Junior

Penyertaan murid Orang Asli dan Peribumi di peringkat antarabangsa ini merupakan satu langkah yang signifikan dalam memperkembangkan potensi, meningkatkan kemahiran serta memperluaskan pendedahan mereka di arena global, selaras dengan aspirasi pendidikan yang inklusif, progresif dan berdaya saing.

Hits : 316