PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BAGI CALON YANG TELAH LULUS TEMU DUGA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEPERTI YANG BERIKUT:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAHUN 2025
Sukacita dimaklumkan bahawa calon-calon boleh membuat pengemaskinian maklumat di laman sesawang Kementerian Pendidikan (KPM) di alamat egraduan.moe.gov.my bermula pada 19 September 2025 hingga 25 September 2025 (jam 5.00 petang).
Pengemaskinian maklumat ini hanya dibuka kepada calon bagi kategori di atas yang telah LULUS TEMU DUGA (keputusan temu duga pada 26 Ogos 2025) dan DIPERAKUKAN LANTIKAN KONTRAK (INTERIM) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Untuk makluman, tarikh lapor diri dan penempatan akan dimaklumkan di eGraduan kelak. Hanya calon yang melepasi saringan kesihatan dan diluluskan oleh SPP akan diberikan penempatan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) seperti berikut untuk bantuan selanjutnya.
E-mel: egraduan@moe.gov.my
Telefon: 03-8884 7779 / 03-8872 1446 / 03 - 8884 7145
Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian terima kasih.
Hits : 51693