Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Majlis Solat Hajat Perdana Misi Sukarelawan Global Sumud Flotilla

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA MISI SUKARELAWAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA

 

5 Oktober 2025 | Ahad

Majlis Solat Hajat Perdana telah diadakan serentak pada Ahad melibatkan sekolah-sekolah berasrama bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Ia bertujuan memohon supaya Misi Sukarelawan Sumud Flotilla diberi perlindungan dan keselamatan.

Bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, telah turut diadakan sesi kuliah perkongsian mengenai situasi di Palestin bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan untuk terus bersolidariti menyokong perjuangan rakyat Palestin. Sesi kuliah ini disampaikan oleh Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), YBrs. Encik Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.

Hadir pada sesi semalam adalah Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, YBrs. Tuan Haji Omar bin Salleh dan Pengarah Institut Aminuddin Baki, YBrs. Encik Ab Aziz bin Mamat.

Hits : 586