Majlis Perbincangan Strategik KPM-KPT
19 Dis 2025 | Jumaat
Majlis Perbincangan Strategik KPM-KPT telah berlangsung di KPM; sebagai platform strategik berhubung pelaksanaan Dasar-dasar pendidikan seperti pemindahan Program Tingkatan Enam dan Program Matrikulasi daripada KPM kepada KPT sebagaimana yg ditekankan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Dalam sesi pertemuan tersebut, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, KSU KPM dan YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, KSU KPT telah mengadakan perbincangan serta sesi penerangan ringkas berkaitan Pendidikan Lepasan Menengah, meliputi aspek dasar, pelaksanaan dan penyelarasan peranan antara kedua-dua kementerian.
Selain itu, pertemuan ini turut membincangkan isu dan cabaran, serta hala tuju pelaksanaan bagi memastikan kelangsungan, kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan pemindahan program tersebut demi kepentingan sistem pendidikan negara.
Majlis ini turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua kementerian.
Hits : 418