Selamat Datang ke PORTAL KPM

Aduan SISPA

Lawatan Kerja Dato’ KSU ke Blok Kelas SK Seri Perlis

Lawatan Kerja Dato’ KSU ke Blok Kelas SK Seri Perlis

 

8 Jan 2026 | Khamis

 

YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), telah mengadakan lawatan kerja ke blok kelas Sekolah Kebangsaan Seri Perlis yang mengalami kerosakan akibat ribut beberapa bulan yang lalu. Lawatan kerja ini disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan), Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Timbalan Pengarah JPN Perlis, Pegawai JPN, Guru Besar, guru-guru dan pentadbir sekolah.

Semasa lawatan, YBhg. Dato’ KSU berpuas hati dengan kerja-kerja pembaikan yang telah dilaksanakan, bagi memastikan sekolah bersedia menghadapi sesi persekolahan 2026. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pentadbir sekolah dan pihak JPN Negeri Perlis atas kerjasama dan sokongan yang diberikan bagi memastikan keselesaan murid dan guru-guru.

Lawatan ini bertujuan meninjau tahap persediaan sekolah serta memastikan semua prasarana dan kemudahan telah dipulihkan dan berada dalam keadaan optimum. Diharapkan sesi persekolahan 2026 akan dijalankan dengan semangat dan keyakinan yang tinggi oleh warga sekolah.

Hits : 277